Tuesday, December 24, 2013

OFF TO SURABAYA

Assalamualaikum. 

Just a quick update. Will be off to ma hometown for two weeks on this Saturday.. Aaa. Bye Malaysia. 

See you next year, guys! 

HAPPY NEW YEAR!

love. xoxo,



Friday, December 13, 2013

Have you guys ever felt this feeling?




Assalamualaikum. 

Hello peeps. Just a short update. Nothing much to share. 

But I got few situations and questions. 

1) Terbayangkan saat ajal menjemput dan terfikir akan KESAKITAN MATI itu.  Juga terfikir apa nasib kita di alam barzakh. Saat kita bayangkan ni, jantung berdegup laju dan ketakutan yang maha dahsyat menerjah jiwa kita. Have you guys ever felt this feeling? 

2) Membayangkan saat kita di PADANG MAHSYAR. Terfikir bagaimana nasib dan keadaan kita semasa menunggu diri kita dihisab selama berpuluh ribu tahun itu. Dalam lautan manusia, kita keseorangan ketakutan menunggu tiba saat kita dihisab. Have you guys ever thought of these kind of situation? 


Ya. Setiap kali aku terfikir benda ni, aku gerun. Aku takut. Mungkin sebab dosa aku terlampau banyak. Bayangkan, sekecil kecil perbuatan sebesar zarah pun akan dihisab. Aku harus memperbaiki diri. Aku taknak aku jadi antara manusia yang GAGAL di sana nanti. 

Faham kan apa erti GAGAL? 

GAGAL di mana kita punya timbangan amalan buruk lebih berat dari timbangan amal kebaikan. Nauzubillah. 

Aku sedar sebelum ini aku terlalu banyak melakukan dosa. Tapi sampai bila? Sedangkan benda yang paling hampir dengan kita adalah MATI. Dan, HARI AKHIRAT itu juga JANJI Allah untuk mengadili kita semua. 

Sesungguhnya, tidak akan terlepas kita semua umat Islam dari dihisab. Mungkin di dunia ini tiada keadilan, tetapi ALLAH itu MAHA ADIL. Di akhirat nanti, manusia yang terlepas dari hukuman dunia, pasti tidak dapat meloloskan diri. 

Masya-Allah. Semoga kita tergolong daripada hamba Allah yang sentiasa diberi petunjuk untuk sentiasa berada di jalan-Nya yang benar. 

Di sini juga, aku ingin memohon ampun secara terbuka kepada semua yang mengenali aku. Maafkan lah aku. Mungkin aku ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati korang, maafkan lah aku. Aku mahu tenang bila aku sudah tiada menghadap Ilahi nanti. 

Sesungguhnya, kedatangan mati, dan hari kiamat itu menjadi rahsia Allah. Tapi kita sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya bersedia dan mempersiapkan diri secukupnya. Walaupun hakikatnya, amalan seumur hidup juga belum tentu cukup. 

Berdoa dan jangan lupa Allah itu maha Pengampun lagi maha Mengasihani. 

Sampai jumpa lagi nanti. Wassalam. 





Wednesday, December 11, 2013

DSK 6C


Assalamualaikum.. 

Tajuk post DSK 6C. Actually dalam kenangan. Ada sikit rindu kat budak kelas aku ini. Rindu akan kemeriahan, kegilaan dan kemesraan kami. Tak sampai setengah tahun pun lagi berpisah, tapi rindu kan kemesraan kami. Apa cerita?

Well, masa belajar ada pahit manis suka duka. Itu rencah. Biasa lah kan. Hmm. Kelas kami satu-satunya kelas terdiri daripada semua perempuan. Kelas A and B ada lah juga kumbang. Ini kami semua bunga. Ada specialties dia kat situ. :) 

Woi kawan, aku rindu nak bergelak ketawa dan bikin havoc sama korang. Jumpa konvo nanti ya. In syaa Allah. 

Oh, sekaligus nak ucap CONGRATULATION untuk kita sebab berjaya menamatkan pengajian DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN ini. Setinggi-tinggi TAHNIAH juga pada semua yang dapat merangkul ANUGERAH KETUA JABATAN (AKJ). Dengar cerita ramai yang dapat kan? Congrats. 

TAHNIAH juga kepada yang akan mendapat PINGAT KETUA JABATAN untuk konvo nanti. 

Kawan, aku doakan kita semua berjaya di dunia wal akhirat. I will never forget the moments we had together for all this while. Kalau ada salah silap, harap jangan disimpan di dalam hati. Mungkin ada terkasar bahasa. Tapi, aku minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. 


ILOVEYOU DSK6C. 




 half of us 


eh, tengok our picture terpampang


Sampai jumpa nanti. 

xoxo,
 
☂ HAKMILIK KEKAL CIK DODOL© ☂