Saturday, March 27, 2010

Cantik sangat ke bahasa tu?!

Korang pernah dengar tak ayat tu? Of course lah. Apatah lagi korang n tak dinafikan aku sendiri pernah ditegur dengan ayat tersebut, tp yang menegur tu ahli keluarga sendiri. Well, tersebutlah kisah,,, ceh! Nak bersyair segala plak. Hehehe. Okay, get back to the main point. Aku pelik sangat dengan segelintir remaja Melayu zaman sekarang yang terlalu obses akan perkataan yang begitu menyakitkan hati dan amat menjijikkan. Apa kehalnye? Jakun agaknya. Awal2, kepada yang terasa aku minta maaf. Ni bukan apa, hanya sekadar bagi korang mencelikkan minda korang sikit.
 
Sebagai contohnya, laman sosial MySpace. Kalau korang ni jenis yang suke jage tepi kain orang macam ehem-ehem, akulah, korang akan perasan betapa bahasa diorang ni terlalulah cantik sampai orang tak lalu nak baca. Yelahh terlampau cantik. Korang tahu ape erti 'cantik' dekat sini? Korang faham2 lah ye. Kalau yepon marah sangat sampai nak orang tahu, tak payahlah guna bahasa yang terlalu rendah tarafnya. Jijik! 
 
Itu bab yang marah, ni yang tak marah pun guna bahasa yang terlampau 'cantik' sampai juling bijik mata baca ayat2 yang bermadah tu. Apakah diorang tidak sedar yang secara tidak langsung, diorang menunjukkan betapa rendahnya etika dalam percakapan dyorang dan betapa rendahnya tahap attitude diorang ni. Ade ke nak bergurau pun nak guna bahasa yang menunjukkan bahawa kita ni tak ade etika dalam berbahasa. Kata BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Tak malu ke kalau bangsa lain melabelkan bangsa kita ni sebagai bangsa yang rendah IQ-nya? 

Kalau setakat nak marah sendiri dengar tu tak apa. Tapi ape point diorang ni tunjuk dekat masyarakat? Bangga sangat lah dengan ayat2 yang sangat memualkan tu? Hello! Bagi aku, tak ada apa yang nak dibanggakan dengan semua tu. Baik pergi bertadarus sampai peringkat antarabangsa, tunjuk kat aku ni hah paling penting and sume orang. Baru nak bangga2 segala. Ni setakat nak tunjuk kerendahan tahap pemikiran korang, baik tak payah lah weh. Secara tidak langsung, dari situ, orang dah dapat nilai orang jenis macam mane korang tuh! 
 
Aku ni bukan baik sangat, tapi macam mane sekalipun, kita ni orang Melayu, ada adab dalam pertuturan. Kite kena tetap jage tatasusila kita sebagai orang Melayu yang ada harga diri dan maruah. Akhir kalam, renung-renungkanlah apa yang aku utarakan ni. Membebel panjang pun tak guna, korang tak akan dengar luahan hati seorang insan yang memang sedang panas hati dengan sikap pelik diorang nih. Salam.
 
syaza aqillah♥
 




 
 

No comments:

 
☂ HAKMILIK KEKAL CIK DODOL© ☂