Saturday, April 10, 2010

27 APRIL

Tahulah bukan 27 April skang neh. Tp, aku mula mengira tarikh nih. Ade ke mase aku nak sedekah Yassin untuk mama? Kerja pergi pagi balik malam. Penat. Fine. Sempat solat isyak. Then tidur. Mcm tak ade life giler kerja tuh. Macam mane lah kakak2 tuh boleh tahan sampai berbulan lamenye? *still thinking*
 
Back to the main point. Aku asyik merindui mama lah lately. Why? Asyik teringat je mama. Maybe dah lame tak sedekahkan surah Yassin. Maafkan kita mama. Kita bukan sengaja. Kalau boleh kita nak selalu sedekahkan mama Yassin. Kita tak nak mama kat sana sedih dan dalam kegelapan kuburnya. Kita nak kubur mama sentiasa dilimpahi cahaya supaya mama gembira.Kita nak mama sentiasa doakan kita kat dunia supaya selalu dirahmati dan hidup tenang. Kita tak nak jadi insan yang hidup atas dunia tanpa doa seorang ibu.

Mama, kalau mama ada lagi, kita mesti takkan menyusahkan nyai dan yai. Yelahhh. Tinggal dengan mereka. Even nyai n yai tak marah or tak pernah mengungkit walau sebesar zarah pun, tapi kita tahu kita ni hanya menyusahkan je. Mama, demi ALLAH. Kita masih dahagakan kasih sayang mama. Masih merindui pelukan hangat mama. Masih menginginkan masakan dari air tangan mama sendiri. Kit6a masih memerlukan segalanya dari mama.

Tapi, kita tahu, kita harus redha dengan semua ni. Sudah janji ALLAH, yang hidup pasti akan mati. Dan, kita datang dari ALLAH, maka, pulang juga kepada ALLAH. Sudah tercatat semua tu sejak azali. Kita ni kena menerima dengan sepenuh hati. Tapi, siapa yang tidak mengasihi ibunya? Aku yakin, semua sayang akan ibunya kecuali mereka yang tidak punya akal sahaja akan menderhaka pada ibu. Salam.

syaza aqillah♥


No comments:

 
☂ HAKMILIK KEKAL CIK DODOL© ☂