Sunday, September 12, 2010

Pening Pening Pening!

Kenapa lah kepala aku ni? Sudah seminggu aku headache. Sumpah ta selesa. Hari-hari kena makan Panadol. *melegakan kesakitan* Tapi, baik sekejap, sakit balik. Aku risau makan ary2 kang lain pulak jadinye. Elok-elok tak ade penyakit lain, bertambah pulak sakit lain. HUHU.

Eh, teringat pulak berita Sosilawati tu. Kejam betul pembunuh tu! Tak layak hidup sebagai manusia. Baik jadi binatang je! Cuba kalau orang yang dia sayang diperlakukan sebegitu, I means, *dipukul, dibakar* ape yang kau rase hah malaun? Kau memang keji. Kesian dekat 4 orang yang dibunuh tuh. Lagi-lagi Pegawai Bank tu. Dia tak bersalah. Kenapa dibunuh jugak orang tu? Kesian kat anak isteri dia yang menunggu bapanya pulang untuk menyambut Syawal. Tapi, ape yang diorang dapat? Jenazahnya sahaja. Hiba jugak tengok ibu Sosilawati; Yatemi. Menunggu dan terus menunggu sampai akhirnya, perkhabaran sedih yang hinggap di telinga.
Aku harap, pembunuh tu dihukum gantung mandatori! Memang tak layak hidup pon pembunuh yang keji dan hina tu! Dah lah. Aku pening kepala dengan manusia zaman sekarang yang macam dah tak bertamadun! Nama je zaman teknologi canggih, hakikatnya? Kita sendiri boleh tengok yang segelintir orang, otak mereka tak berapa nak canggih. Bodoh. Buktinya macam kes nilah. Apa nak jadi lah.. Inilah dia dunia akhir zaman...

♥syaza aqillah

No comments:

 
☂ HAKMILIK KEKAL CIK DODOL© ☂