Thursday, November 18, 2010

Terima Kasih, abah...

Sejak ketiadaan mama, kau sering muram dan sedih. Walaupun kadangkala kau tersenyum, aku tahu hati kau cukup pedih kerana terlalu merindui mama. Aku juga rindu pada mama, abah. Mama adalah terbaik bagi kita. Tapi, ALLAH lebih sayangkan mama, kita harus redha.

Sejak ketiadaan mama, kau sahaja yang mencari punca rezeki.. Walaupun adik beradik hanya dua orang, aku sedar kau telah memerah keringat untuk kami. Terutama untuk aku yang mahu melanjutkan pelajaran minggu hadapan. Kau terpaksa bekerja keras untuk menyara bagi pembiayaan pengajian ku. Aku bersyukur kerana dapat ayah sepertimu, abah..

Abah, jutaan penghargaan aku coret di sini untuk mu. Aku berjanji akan membalas jasamu kelak. Kerana hanya kau kini aku berteduh kasih Kehilangan kasih sayang seorang ibu membuat aku dahaga kan belaian ibu. Tetapi aku sedar, kini abah adalah bapa dan juga sekaligus ibuku.

Terima kasih abah.. Segala nasihat dari mu untuk ku akan ku tanam di hati untuk menjadi panduan ku kelak. 

I love you, abah.

*eh, abah pon peluk teddybear taw. hehe*


♥syaza aqillah

No comments:

 
☂ HAKMILIK KEKAL CIK DODOL© ☂