Sunday, January 30, 2011

Kisah di suatu hari.

Suatu petang seorang wanita tua duduk di bangku di sebuah taman permainan. Matanya redup memandang setiap keletah anakanak kecil yang riang bermain di situ. Bibir tuanya mengukir senyuman manis dan hanya wanita tua itu sahaja mengerti senyuman itu. Dari senyuman itu, wajahnya bertukar mendung. Wajahnya yang sudah dimamah usia disapa oleh mutiara jernih yang jatuh garagara tidak dapat dibendung oleh mata. 
Kotak ingatannya memainkan semula rakaman yang berlaku kirakira lebih 40 tahun dahulu. 

"Ibu, adik nak anak patung tu. Kawan adik semua ada anak patung macam tu ibu," kanakkanak perempuan berusia 7 tahun itu meminta ketika mereka ke pekan untuk mencari barangbarang seharian.

Wanita yang bergelar ibu itu hanya tersenyum. Untuk mengecewakan anak tunggalnya itu tidak dia sanggup. Walaupun duitnya tiada, sedaya upaya dia cuba untuk memenuhi setiap permintaan anak itu. Tetapi, hari itu duitnya benarbenar tidak mencukupi. Duit 5 ringgit nya hasil upah menjual sayur sudah tinggal 50 sen untuk ditabung buat belanja ketika terdesak.

"Nanti ibu cari duit dulu, ya" balas si ibu sambil mengusap rambut anaknya.

"Tak mahu! adik nak sekarang! kawankawan adik semua kata adik miskin! anak patung pun tak boleh dapat," bentak si gadis kecil itu.

"Sayang. Ibu janji, ibu dapat upah dari Cik Yam lagi, ibu belikan, ya?" 

Gadis kecil itu menjeling ibunya dan bibirnya dimuncungkan tanda protes. Si ibu merasa kasihan pada anaknya. Cukuplah dia sahaja susah, anaknya akan dia cuba untuk bagi kesenangan. Lalu si ibu menarik tangan anaknya ke kedai yang menjual anak patung itu.

"Tauke. Berapa harga itu anak patung?" si Ibu bertanya.

"Oh. Itu ah? 1.50 sen saja maa," tauke itu tersengih.

"Tauke, saya ambil itu anak patung ya," si ibu cuba tersenyum.

"Nah. Ini untuk anak lu kah?" tanya tauke itu.

"Ya. Tauke, ini 50 sen. Lagi seringgit saya akan bayar esok,"
"Mana boleh macam tu. Haiyya. Saya berniaga maa,"
"Tolonglah tauke.." 

"tak boleh tak boleh. Esok lu datang bawak itu duit baru lu boleh dapat ini anak patung."

TAuke itu merampas semula anak patung itu dan terus masuk ke kedai tanpa menoleh lagi. Si ibu hanya menunduk memandang anaknya. Anaknya menepis tangan ibunya dan berlari pulang ke rumah.

Tibatiba wanita tua itu tersedar dari lamunannya yang panjang apabila terasa bahunya disentuh oleh anak kecil.

"Nenek. Nenek seorang je ke?" tanya seorang gadis comel.

"Iye cu. Nenek saje duduk di sini,"

"Anak nenek mana?"

Wanita tua itu terdiam. Air matanya kembali deras. Setelah anaknya berjaya, dirinya selalu diherdik oleh anaknya. Katakata kesat menjadi santaoan utama di telinganya. Sehinggalah satu hari, dia dihalau oleh anaknya sendiri. 
"Kau ni menyusahkan hidup akulah si tua. Aku rasa sebab kau ni menyusahkan lah bapak aku mati kau tau? Selama aku hidup dengan kau, aku tak pernah merasa senang pun. Kalau tak sabab aku balajar pandaipandai, mesti aku jadi macam kau. Tua kutuk. Mulai sekarang, kau keluar dari rumah ni. Nah bajubaju kau ni! Eee! Geli aku nak pegang!" anak wanita tua itu mencampak bajubaju itu tepat di muka wanita tua itu.
"Terima kasih Tia kerana membalas jasa ibu mu begini. Membalas setiap nasihat dan titik peluh ibumu ini dengan katakata kesat yang menusuk hati. Terima kasih kerana menjadi anak yang tak kenang budi. Terima kasih kerana lupa siapa yang telah mengusung mu dalam perut ini selama 9 bulan 10 hari. Terima kasih kerana lupa siapa ibu mu dan siapa yang membesarkan kau sehingga kau berjaya."

Maka melangkahlah wanita tua itu keluar dari rumah anaknya yang serba mewah dengan air mata bergenangan di pipi nya yang sudah bergaris usia.
"nenek. Nenek ok?"
Wanita tua itu mengesat air matanya. "Ok cu. Nenek kena pergi cu. Cu baikbaik ya. Sayang kat ibu dan jangan lupa kat ibu. Ingat, syurga itu letaknya dibawah kaki ibu," usai bercakap wanita tua itu bangun dari duduknya dan meneruskan langkah selagi terdaya. Wanita tua itu hanya berserah pada Yang Esa.

Gadis kecil yang berusia 10 tahun itu memandang setiap langkah wanita tua itu dengan  pandangan yang redup sehingga wanita tau itu hilang dari pandangan, gadis itu melangkah pulang. Bibirnya bergerak kecil,

"Syurga itu terletak di bawah kaki ibu."





♥♥♥




No comments:

 
☂ HAKMILIK KEKAL CIK DODOL© ☂